Cari Blog Ini

Halaman Pilihan Ku

Isnin, 23 November 2009

ERR,,, HATI INI MILIK SIAPA ERKK

Hati...siapa yg tahu rahsia di hati ini?
Siapa yang sedar bahawa
hati sekecil ini mampu memendam rindu yang membara?
Siapa yang pernah mendengar
sekeping hati ini menjerit kerinduan?
Siapa yang tahu hati ini tidak pernah letih mencari cinta suci yang sejati lagi abadi....?
Hati...ia milikmu Ya Illahi.

Sabtu, 21 November 2009

27 tahun sudah usia ku

Ya Allah.. dah 27 tahun sudah usia ku.. Alhamdulillah Ya Allah......menempuh angka 27..hidup terasa semakin bermakna dan semakin bererti...Ya Allah semoga perjalanan hidupku Engkau berkati,jauhi aku dari sifat-sifat tercela dan kuatkan iman serta semangat untuk ku menempuhi liku2 hidup ini...Namun semakin besar angka umur ini. semakin kematian akan menghampiri...Ya Allah.. mampu kah aku untuk kematian itu.. bersediakah aku... Ya Allah .. aku hamba Mu ini.. sering kali gagal dan lalai Ya Allah.. ampini dosa2 ku...

Khamis, 19 November 2009

SEMalam Untuk Kenangan Yg Terindah...

Warhhh..malam ni syahdu betul...jumpa Nasir n Kak Faezah..lepak kat saberkas jap.. cita2 pasal sekolah n nasir yg tak lama lgi nak jadi suami org...Syahdu lah plak.. rasa kehilangan plak bila kawan2 nak kahwin..21 hb nie Upa plak yg kahwin.. adui....terasa sgt2...rasa mcm kwn kita kena ambil oleh org tau..bila mereka kahwin nie...teruk betul perasaan aku ni.. aku rasa macam aku tak bleh nak HUHAHUHA lagi ngan mereka.. rasa macam ada gape jer nnt.. tak taulah...last tgk muka Nasir time masih teruna nie...hahahaha...thn depan dah jadi laki org.. huhuhuu...semoga kawan2 ku bahagia hingga ke akhir hayat.. lucu plak bila ingat aku tulis kad untuk Nasir... tulis kat belakang..kad tu...bengong apa.. hahahahaha,..yg best nya aku mmg tulis depan dia.. biar sahabat ku tu tau aku memang menghargai persahabatan ini.. WOWOWOWOWO.. susah tau nak carik kwn susah sama susah.. senang2 belanja kwn nie.. HAI...aku harap2 lepas ni sampai plak seru aku...huhuhu 2 hari lagi aku nak masuk 27.. thn depan tak kawin lagi.. aku Open tablelah..huhuhuhu....Ya Allah sesesungguhnya JODOH,MAUT,AJAL,PERTEMUAN ditangan MU..Aku hambaMu hanya merancang dan selebihnya berdoa. Amin

Selasa, 10 November 2009

Bolehkah aku cemburu?Bolehkah aku panas hati?Bolehkah aku tidak cemburu?Bolehkah aku tidak pasa hati?Apakah cinta dan cemburu beda-beda tipis?Apakah cinta dan cemburu jauh berbeda?Apakah rindu dan cemburu jauh berbezaa?Mengapa di hatiku ada cemburu?Apakah itu cinta yang berlebihan?Kurenung sebentar, muncullah sebuah kesimpulan:“Ternyata Dia telah memberikan dan membalas cintaku dengan begitu besar”Lalu muncul pertanyaan:“Mengapa perlu aku berpikir sebegini?”Kalau mau baik, pikirkanlah kebaikan orang lainJauhkan pemikiran buruk tentang orang lain.Kalau mau bahagia, kenanglah kebahagian bersama orang lainJauhkan kenangan yang buruk dengan orang lain

YA Allah...Tabahkan Hati Ku

Ya Allah.. saat ini aku merasakan Kau sedang menguji Ku.. Ya Allah.. kau tabahkan hati ku ...Ya Allah Kau kuatkanlah semangat ku Ya Allah..Sesungguhnya Dikau Maha Pengasih dan Maha Mendengar... Ya Allah.. kau ringankanlah penderitaan Athirah....Kembalikan ia kepada kami Ya Allah...kau kuatkan semangatnya untuk melawan penyakit..kau sembuhkan dia Ya Allah..berikan peluang untuk nya untuk hidup..untuk menikmati kehidupan didunia ini... Ya Allah...kau tabahkan hati kami sekeluarga...
Ya Allah.. disaat ini hanya Engkau tempat kami memohon dan meminta.. Sesungguhnya Engkaulah tempat ku mengadu dan ku bermohon...Amin.

Jumaat, 6 November 2009

Ya Allah..sembuhkan Athirah..Athirah sedang sakit...Ya Allah.. Hanya Kau Maha Berkuasa...Amin



2 hari yg lepas.. aku dikejutkan oleh adik ku ttg cousin ku.. Athirah..masuk hospital.. aku ingat dia sakit demam biasa2 jer.. rupa2 nya Ya Allah.. aku sungguh terkejut bila time Angah 3G n bila die sent pic die.. sungguh aku tak sanggup...tgk keadaannya...menakutkan..tp Allah sungguh Maha kuasa...dari yg aku maklum dr mak dia ( mak sedara aku)..Athirah tak menangis sangat.. dia diam jer @tidor sahaja..kecuali klu disentuh bdnnya.. sebab hampir seluruh muka dan badannya mengelupas...ya Allah.. hati ku bagai nak luruh bila tgk pic yg di sent angah kat aku.. Ahtirah baru berumur 4 tahun...apalah dayanya untuk melawan kesakitan itu....aku yg sikit je kena iron kat paha..satu hari mengadu sakit kaki.. inikan plak dia yg hanpir satu badan mengelupas...Ya Allah kau ringankam penderitaan nya ..sembuhkan dia Ya Allah...kembalikan Athirah yang comel dan petah berkata2 kepada kami ...Ya Allah.. hanya Engkau yang Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui...

KK mali

Esok hari last aku berkursus di KK ni.. actually letih n penat aa course ni...tp nak wat cam ner dah tugas. 2 minggu dah aku takde kat sekolah.. apa ntah cite sekolah,..aku rindu budak2 ict aku..ntah camnelah diaorg study ni aku takde ...harap diaorg buat kerja yg aku suruh tu..

Jumaat, 30 Oktober 2009

HanYa Tuhan Yang Tahu

Gerak Hati Jodoh

Bagaikan ada banyak persamaan bahkan kadangkala hati berasa dia dijadikan Allah sebagai jodoh anda. Di saat bersedih, dia yang menghulur tangan, menarik anda daripada resah yang menghibakan.

Ketika musibah melanda, dia juga selalu membuat anda tersenyum sehinggakan luka ikut sama berlalu.

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan Tuhan Yang Maha Esa. Tuhan juga mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan.

Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara kedua-duanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain.

Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan? Berikut adalah petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

# Bersahaja

Si dia bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, percakapan, ketawa serta makan dan minum. Adakah dia spontan ataupun kelihatan pelik?

Kalau nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia memang pelakon handalan. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon, tetapi apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, dia adalah calon hidup yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh anda.


# Terima anda seadanya

Apapun kisah silam yang pernah dilalui, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini banyak memberi pengajaran supaya berhati-hati.

Dia juga tidak mengambil kisah siapa anda sebelum ini, apa yang penting, siapa anda sekarang. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

# Saling mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Ada kalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban ditanggung.

Apabila mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia anda selamat di tangannya? Bagi mereka yang bercinta, sifat saling mempercayai antara satu sama lain timbul dari hati nurani mereka.

Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan yang lain. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

# Memahami diri anda

Fahami diri pasangan. Ketika sakit dia bawa anda ke klinik. Apabila dilanda kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala anda berleter, dia menjadi pendengar.

Dia selalu bersama anda dalam sebarang situasi. Tidak kira sama ada saat gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk anda.

Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri". Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.

Apabila dia sentiasa bersama untuk melalui hidup ini saat suka dan duka, senang dan susah, dialah calon sesuai menjadi pasangan hidup anda.

# Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu anda.

Bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasih malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada anda.

# Mimpi

Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insyaAllah dengan izinnya, anda mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.

Jika tidak, tolak dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat kekal selamanya.

# Kata hati

Kadang kala manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga dapat saling tahu perasaan masing-masing. Anda dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.

Apabila yakin dengan pilihan hidup anda, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk anda? Dengar kata hati dan buat pilihan. Serahkan segalanya pada ketentuan Yang Maha Kuasa.

Ya Allah berikan aku jodoh yang baik.. dan boleh menerima aku seadanya...Ya Allah..hanya engkau yang maha mengetahui.. sesungguhnya hati ku rindu padanya
Alhamdulillah...aku dah balik dr Kuching,,,byk sumber dan inspirasi baru yang aku dapat...yang sedihnya dtg sekolah kerja melambak.. satu lagi aku sedih betul,, pg2 tadi bos dah marah2 pasal budak2 KRK tak betul berbaris..huhu.. rasa macam nak melayang jiwa..pastu..bila sampai makmal..tiba2.. pintu makmal comp telah di beri mangga baru..terkejut beruk aku,, camner nak masuk,, aku ngan cikgu taufik,, kena tunggu Along sampai.. terasa macam kita ni penjahat betul.. tak boleh guna makmal untuk P&P...aku terus rasa mcm down aa...aku terfikir,, kenapa kena ada Subject ICT klu makmal Komp tak boleh nak pakai.,, entahla,, jiwa aku betul2 tertekan dengan masalah2 disekolah... pening bila orang tak boleh nak consider bila kita buat kerja...