Cari Blog Ini

Halaman Pilihan Ku

Rabu, 10 November 2010

Aku Sakit Hari Ini

Huhuhu..Mc hari ini..tp kerja2 ku mesti disiapkan..huhuhu..sedeynya sakit2 pun ngadap leptop!! sikpala..semoga hanya Allah saja yg membalsnya..
Sabda nabi yang bermaksud: “Tidaklah seorang mukmin ditimpa penyakit, bencana dan kesedihan sehingga berdukacita kecuali Allah menghapuskan dosa-dosanya.” (Hadis Riwayat Assyaikhani dan Tirmidzi)..Amin

Isnin, 1 November 2010

suRaT dArI SeOrG WaNiTa uTk fUtUrE hUsBaNd

Kehadapan bakal suamiku (harap-harap ada satu saja kamu)
Oh, Laling (boleh saya call kamu laling kan?)
Laling, saya tulis ini bukan sebab saya sangap nak kahwin laling, walaupun biological clock saya dah tik-tok-tik-tok –kesha dah dengan saya ni. Bukan juga untuk menyindir dan meletak syarat tinggi2 ala puteri Gunung Ledang laling, tapi nukilan ini hanya semata luahan hati saya.
 Oh Laling (chewah geli pulak dah ni)
 Laling, I hope time I jumpa you nanti, you dah bersedia nak settle down and kahwin. Wah laling, geli you vaca statement I kan? Tapi laling, I tak suke couple-couple. Couple dua tiga empat lima tahun pun, last2 putus jugak. I tau laling, ramai lelaki ni couple sekadar nak melepas kesunyian je. Maklum la kurang kasih sayang dari mak. Tapi tanggungjawab tak ada. Paling tak best kalau yang mau geli-geli aje. Eee tak suka la laling!  Tambah dosa je tau kapel ni.
 So kalau kita jumpa nanti laling, tapi saya jual mahal, laling jangan marah tau. Kalau saya tak boleh dating, you mesej saya dalam Facebook pun tak pe. Jangan mesej2 gersang sudahla! Saya report sama itu Mark Zuckerberg!
 Oh laling,
Kalau nanti saya first time jumpa laling saya tanya dah Solat Subuh ke belum, laling jangan marah tau. Wajib tau laling saya ni tak tinggal solat. Saya tengok rakan-rakan saya selalu merungut pakwe die tak bangun pagi. Hantar mesej “good morning” pukul enam pagi haram tak balas. Ring-ring telefon die tiga empat minit pun tak angkat. Last-last pukul lapan baru mesej macam orang mamai “sorry sayang, I baru bangun…makan jom.” Ohh!! Tampar laju-laju! Okeh laling, nanti kalau dalam proses mengenal diri saya miscall-miscall pagi-pagi laling tak angkat…siap laling!
 Pastu laling mesti tau Imam kan solat. Paling tidak surah-surah Juz Amma pun jadilah. Qunut pendek Qunut panjang dua-dua mesti tau.  Ye la, bukan ke kahwin ni macam bina masjid. Mana ada masjid boleh fungsi kalau takde Imam? Laling kata macamlah saya tak pernah tinggal solat? Eh, of cozz la saya tinggal solat, saya kan perempuan. Kikikiki…
 Oh laling,
Kalau awal-awal kahwin nanti saya masak tak sedap laling jangan marah ek. Biasa la, sebelum ni masak untuk mama and papa je. Dah diorg suka garam banyak tu, minyak banyak ni. Tup tap laling kata banyak sangat pulak. Laling, nanti laling tegur la baik-baik. Kata “masakan sayang sedap, lain kali kurang skit garam je.”. penat tau saya masak.
Jangan pulak asik2 makan kat luar sebab saya masak tak sedap. Paling kurang pun bagila buku reispi sebuah dua untuk hari jadi. Takpun periuk nasi Faber atau Elektrolux. Ni tak, asik-asik lupa je tarikh hari jadi dan hari anniversary kita. Sedih tau kita. Time ni la saya tunggu laling balas segala jerit perih saya masak dan jaga anak laling….

Oh laling,

Tau nanti tak lama lagi bila kahwin laling mesti mau anak. Kalau boleh satu pasukan bolasepak laling nak kan? Ye la, nanti boleh la jemput Chelsea datang KL buat friendly match! Anyway laling, I on je (wah terkejut kau!).
Tapi syaratnye laling kenalah tolong-tolong kemas rumah dulu, handle lampin anak sama-sama, paling kurang tolong hidang apa yang saya masak. Penat laling? Saya pon penat gak. Laling pikir, kerja saya 8-5 hari-hari. Balik rumah terus masak makan malam, tukar lampin anak kemas rumah, cuci pinggan, basuh baju…lepas tu kena layan laling pulak. Heisss…kalau kurang layan laling nak jadikan tu alas an pasang dua pulak!

Senang-senang laling, kita upah bibik sorang. Takpe laling, I bayar separuh you bayar separuh. Yang penting kita bahagia…ke laling bahagia?

Oh Laling,

Kalau nanti you jalan-jalan dengan I (of cozz lepas kahwin ok), laling jangan la malu nak pegang tangan. Ni saya tengok, pasangan suami isteri, suami jalan depan, isteri jalan punyelah kat belakang dengan anak-anak, laling. Paling tak best couple-couple muda remaja lalu sebelah boleh pulak bermesra-mesraan. Tangan tu lekatttt je kat pinggang ok.
Laling, kenapa kita tak boleh macam tu? Malu ke laling? Saya tengok suami Arab boleh je pegang tangan bini dia. Bini kemain purdah lagi.(of coz I taktau camne rupa bini die. Kot rupe cam Salma Hayek tak tau la).

Dan laling,

Kalau laling tengok awek-awek cun depan mata jangan la laling sweet-sweet jelling-jeling pulak. Kalau laling type yang gatal depan-depan saya laling pi usik dia lagi. Amboi laling, laling suruh saya pakai tutup aurat segala jadi wanita muslimah, tup-tap bila laling keluar dgn saya laling pi tengok yang baju singkat macam Fasha Sendat. Apa laling kata? “dia pakai macam tu laling tengok la?” Laling, dia pakai macam tu dosa dia dengan Allah aje. Tapi bila laling tengok laling pon tumpang dose sekali. Laling nak? Laling kata laling tak boleh tahan diri dari tengok? OK laling, next time kita keluar saya pakaikan blindfold ya. Dapat jugak pahala saya menghalang zina mata. Hihihhiihhi

Laling,

kalau you betul, betul sedia, I tunggu you lama-lama pun takpe. Maklum la I tau payah nak simpan duit untuk masa depan. Papa I pun makan megi je dulu taw, sebab nak kumpul duit kahwin. Tapi laling, kena la ingat untuk berjimat cermat. Jangan laling merungut sebab kos kahwin tinggi, tup-tap-tup-tap, laling pergi beli iPhone 4. Haa~~ kalau kahwin nanti lagilah. Jangan sengkek kalau anak nak beli coklat Tora Datang Lagi Dengan Mainan Pistol Air tapi laling boleh pulak pergi beli LCD TV. Apa laling kata, itu keperluan kita bersama? Ah, laling sorang je yang akan tengok TV nanti. Mesti laling kongker tengok Chelsea main EPL kan….

Laling, kita tak payah hidup kaya raya pun takpe. Kalau gaji laling kecik, kita campur dua jadi besar. Tapi jangan mengada-ngada nak anak ramai pulak kalau gaji kecik. Tak termakan diorg nanti. Bukan apa, saya cuma ingat kat anak je. Saya dapat makan separuh pinggan takpe. Asal anak dapat makan sampai gemuk macam Giant. Kalau tak dapat fulfill syarat tu jangan harap nak kahwin dua laling!

Cuma ingat laling, cari rezeki halal. Kalau halal, dengan perancangan rapi insyaallah laling, kita senang.

Sekian sajalah laling. Hope to see you soon! ^_^

Selasa, 19 Oktober 2010

aLHAMDULILLAH...

ALHAMDULILLAH..gembira sungguh rasanya hati ini....dapat surah surat sah lantikan dan telah diberi taraf berpencen..huhuhuhu...

LETIH + 10SEN

KERJA2 DATA TAK SIAP2 LAGI,,LETIHNYERR

Sabtu, 16 Oktober 2010

video upa n buddy kawin

just try untuk wat video untuk upa..sempena bedsyanya...semoga pjg umur dan murah rezeki,,

Rabu, 13 Oktober 2010

Lama nya tidak menulis kat Blog nie

Salam semua...huhuhu klu tak en.awang yang minta tlg pasal blog..tentu aku lupa dah nak menjenguk kat sini,,huhuhu...apa2pun...hidup aku sekrg ok jer..elek2 isap gam..hahaha..sntah kenapa oktober berlalu dengan pantas sekali..byk penga;lama2 di bulan september dan ogos aku tak sempat nak abadikan kat sii..takpela..klu de masa aku tulis lagi yerr,, bye..bye

Isnin, 19 Julai 2010

Azam nak berbisnes

Apa bisnes yang best sebelum puasa ni yerrr??

Sabtu, 10 Julai 2010

3 hati 1 cinta...

Ya Allah..berikan aku petunjuk dan hidayah MU..untuk memilih yang terbaik.. Ya Allah..perlukah aku untuk menunggu dirinya yang tak pasti ..kerana disitu letaknya hati ku..?

lamanya aku tak bercerita

Salam...ermm hampir 2 bulan aku tak menulis kat blog ni.. arhhh ada byk perkara yg berlaku dalam hidup ku...kelak2lah bercerita...hehhe..hari tok ada meeting kurikulum kol 8.30,,huhuhu apakah perkara yg akan dibincangkan...

Sabtu, 15 Mei 2010

Rasulullah berkata" 90% kekayaan dunia berada dalam bidang perniagaan"

Ya Allah Murahkan rezeki kami sekeluarga...cerdaskan pemikiran ku dalam bidang perniagaan..halalkan rezekiku..da pendapatanku...untuk dimakan dan diberikan untuk seisi keluargaku..amin!!

Rabu, 21 April 2010

Aku Suka Lagu NI!!


Penyanyi: Meet Uncle Hussain
Tajuk Lirik Lagu: Drama King (Feat. Black)
Kali pertama aku mengenalimu
Mahu bersama
Raut wajahmu bersih
Meyakinkan hati ini
Aku terpaut
Semua dusta palsu
Aku tertipu
Keperibadianmu
Berubah menurut nafsu
Panggilanmu gelaranmu
Baru ku tahu
Lakon layarmu hebat
Terpukau ku melihat
Isi hati upahan
Sampai bila
[ Drama King (Feat. Black) lyric found on www.lirik.my ]
Kau mahu tersesat
Tidak kau penat
Hidup penuh muslihat
Mahkotamu Raja Drama
Kau Masih berpura-pura
Kata-katamu hanya propaganda
Mengejar hijau ungu
Mata kelabu
Ini bukan kau yg pernah ku kenal dulu
Panggilanmu gelaranmu
Baruku tahu
Kau bertapa
Bagai maharaja di atas lembah
Lakon layarmu yg terhebat
Memukau mata melihat

Selasa, 20 April 2010

Yang Terindah....-Dakmie (OST Adamaya)

Lirik Yang Terindah – Dakmie (OST Adamaya)

Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah
Maaf jika ku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran

Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah

Ahad, 18 April 2010

JANGAN BUTA SEJARAH!!

ICTSCOREA

Mudah2an anak2 didik ku dapat score A lagi!!

Ahad, 4 April 2010

Ayam kicap Aapapapantah

Resepi ini aku ciplak dari mama ku..hehehe,,sebenarnya ini resepi masak kicap keluarga ku..tp aku macam tak nak jer ayam ni masak berkuah ngan  ader minyak2..huhuhu on diet lah katakan..pastu aku nak ayam ni terangkat pedasnyer..ermm aku try2la bubuh itu dan ini,,,hehehe.....pehhhh tak sangka jadi plak....lagi satu..tujuan aku letak resepi ini kat dlm blog sebab nak share ngan Chef Kesayangan Aku..CHEF AZLI!!!selain Chef Wan..yg aku suka dengar celoteh2 nyer...Chef Azli yang sempoi ni aku suke sgt tgk...cara penyediaan memasak die mcm org lelaki la...takdernye lembut2..ingat kat "abg"(adik aku yg suke memasak)...erkkk ermm selain itu penerangan yg ringkas..serta resepinya mudah2 jer..seseuai bebenor ngan jiwa aku yg suka yg ringkas2 jer ni...hehehe..muahhh!!luv u chef Azli...



BAHAN-BAHAN
1)  Ayam - 1 belah dada yang telah dibuang kulit (dipotong ikut suka,tp klu nak potong besar2,pastikan anda siat2kan isinya supaya bhn2 yg dilumur kepada ayam ini menyerap ke dalam isi isi..
2) Bahan untuk dikisar:
a) Serai - 2 btg
b) Halia- Sepjg ibu jari
c) Bwg Merah - 5 Ulas
d) Bwg Putih- -5 Ulas
e) Cili Padi - 3 btg

3) Kicap - 1 mangkuk kecil (jgn penuh sgtla mangkuk tu..)
4) Serbuk Ketumbar - 1 sudu makan
5) Serbuk Jintan Manis- 1 sudu makan
6) Lada Hitam- 1sudu makan (klu nak pedas lagi..tambah ikut suka)
6) Rempah rumis (yg ada buah pelaga,kayu manis &bunga lawang)-1 bungkus kecil jer
7)Minyak masak - 1 sudu makan sahaja (fungsinya untuk menumis rempah tumis)
8)Air Gula@Gula Kelapa yang telah dicairkan..nak mudah ambik gula pasir 3 sudu..bubuh dalam air panas lebih kurang 1 cawan..untuk menjadikan nya air gula..hehehe.
9) Sos Tomato-2 sudu..

Cara Membuat:
1) Ayam yang telah dibersihkan dan dipotong di letakkan dalam sebuah bekas yang ada penutup
2) Kisar semua bhn yg perlu dikisar lepas itu perapkan kepada ayam tadi..
3) Masukkan Kicap,Air Gula,serbuk ketumbar,serbuk jintan,lada hitam,sos tomato gaul bersama dan perapkan kepada ayam...
4) Setelah semua bahan diperap..biarkan ayam selama 1/2 jam atau lebih didalam bekas penutup supaya bhn2 tadi menyerap kedalam isi ayam.
5) Setelah cukup masa, tumis dulu rempah tumis beberapa minit kemudian tuangkan ayam yang telah diperap kedalam kuali...kecilkan api ...dan tutup kuali tersebut..15 minit kemudian boleh balik2kan ayam..tutup lagi..anda bolehlah berfacebook dulu@buat kerja2 lain...pastu 15 minit camtu..anda jenguk lagi ke dapur...pastikan api mmg sekecil mungkin sebab kita hendak mengeringkan air untuk memasak ayam ini,,,kalau rajin.. anda kacau2 selalu pun tak per.. ini..caraorg mls cam cam saya erk!!!biarkan sampai air mengering..dan bhn2 tu jadi kerak2 dlm kuali..ermm pastu pastikan juga.. ayam anda masak..dan lepas tu anda boleh angkat dan hidangkan bersama nasi@roti..sedap!!!
silalah cuba...

SEDEYNYE BACA CATATAN PAK NIL

Dia bukanlah sesiapa.. tp dia dekat benar dihati Ku..aku mengenali Pak Din @ Din Beramboi@Mior Ahmad Fuad Mior Badri setiap hari apabila mendengar Riuh pagi Era...Adui..air mata pasti menitis setiap kali teringat pemergianNya.. Ya Allah tempatkanlah Arwah Pak Din ditempat orang-orang yang beriman dan cucurilah rahmatMu kepada diriNya...dan berikanlah ketabahan kepada keluarga arwah serta rakan2 sekerja nya di Era..Buat Pak Nil yang disayangi...redhakanlah pemergiaan Pak Din...apa bila membaca catatan PakNIL dalam Metro...tidak dapat tidak aku menahan gelak dalam tangis..."Baru-baru ini masa dia sakit, Paknil ada hantar SMS pada Din. Paknil cakap: “Din, cepatlah baik demam. Tak bestlah buat kerja sorang-sorang.”

Nak tahu apa yang Din jawab pada Paknil?
“Bukan sakit tapi rasa nak mati. Semua dah rasa kebas. Tu tanda-tanda nak mati lah.”....Ya Allah..Pak Din...!!!rupenya dalam bukan gurauan yg diucap..tapi betul2 kau pergi..huhuhu..aku sedey!!!

Isnin, 22 Mac 2010

Macam Mane nak dapatkan buku2 ni..

Aku sekarang gila buku.. esok mok upload pic buku2 yg aku ada..huhu..insyallah

Ahad, 21 Mac 2010

Aduhai... Hati Janganlah kau Rawan!!

Aduzz 4 hari dah aku call die.. tak angkat!! aduss kwn ko pg mana...

Ya Allah..Berikanlah Kami rezeki yang Halal Dan Murahkanlah Rezeki Kami..

Rezeki Kurniaan Allah..Marilah kita berusaha untuk mendapatkannya...
http://www.i-intelligent2u.com/izarindu



Sabtu, 13 Mac 2010

Cuti Oh Cuti....

HUHUHUHU.....AKU TAK BALIK....SEDEYNYA...

Jumaat, 5 Mac 2010

3/3/2010-Tarikh Keramat

Tarikh ini ..aku telah kehilangan handphone ku..huhuhuhu sedih yang teramat sangat....

Jumaat, 19 Februari 2010

Kat The Grand Old Lady..berkerut dahi thn panas
Kat Taman Awam Miri,

Rabu, 17 Februari 2010

Tok Nasi Pataya kat gerai Makan Tepi Sungei...Kampung Wireless

Nak Tok resepi Telor "HA'A!"..huhuhuhu sungguh menambat seleraku!!kdg2 rasa macam sik cukup jak nasi putih KU..mauk mintak tambah nasi lebih,..aku malu..huhuhu...

WOW!!! aku dah terror parking!!!..


AndhiQa kesayangan Ku....hanya Kau yang menemani ku disaat aku kesepian ,meluncur laju mencari sebuah destinasi yang tak pasti...

Untuk Perkongsian dan muhasabah diriKu

Sabtu, 13 Februari 2010

Ya Allah sedihnya bila tak dapat balik kampung....aku rindu semua yg ada dikampung...tp tanggungjawab disini terpaksa dilaksanakan.

Selasa, 9 Februari 2010

Rindu..kenapa hatiku rindu tiada tertahan..kau tinggalkan aku seorang..nila hati ku sedang rindu..pada siapa ku mengadu..bila hati bertanya selalu..berlinanglah air mataku..akan kucari..walau kemana..asal hati berkelana..ke hujung dunia..akan kucari..bila hati ku sedang rindu..pada siapa ku mengadu...

Ahad, 31 Januari 2010

Hari terakhir dibulan Januari..

Salam ....
ya Allah hepinya bila dapat kuar ngan kengkwn yg sama kepala.. ketawa sesuka hati.. n buat apa yg kita suka..sahabat2 ku.. thanks sebab memberikan kegembiraan yg sunnguh isteimewa...

Sabtu, 30 Januari 2010

Nasi Kerabu Pemikat Hati Ku..(Dlm pic nie.. nasi kerabu G-han..)

Hai la nasi kerabu...dulu 1st time aku jumpa ko ni,, aku heran n naik bingung.. kenapa nasik ni kaler biru..huhuhu kat Swak takder ni.. kwn aku (roomate ku) si Aty yg dari Sabah tu.. selalu cakap,,"Itu nasi Nila"..hahahha..kelakar benar rasanya.. bila pertama berkenalan ngan nasi kerabu ni... Ermm sekarang aku rindu dengan kehidupan di kampus...rindu ngan makanan kat Kafe..Ingat lagi kat kafe Muamalat.. ader kakak tu jual nasi kerabu.. puh.. punyerlah sedap ..aroma ayam dier dari dalam Bas sebelum turun lagi sudah keciuman bau die.. Bila sampai kat kafe.. tengok org beratur.. bukan main panjang,,,sampai dekat ngan longkang..best giler time tu.. aku plak selalu paw kawan2 sape yg beratur dulu.. main kirim jer.. nak beratur panjang.. soriii....
ermm jugak Charketeow kat kafe Sarbina,,Falkulti Education kat UUM...agak2 masih tak makcik tu yer.. aku selalu ingat kat Makcik tu.. makcik tu plak sampai kenal ngan aku pelanngan setia nye,, HUHUHU.. mane tak nye dari Semester 2 sampei semester 8.. selera ku tak pernah luntur dengan Charketeow tu..huhuhu...hahaha..aku rindu..
berbalik ngan cerita Nasi Kerabu...aku rasa bersyukur sangat bila kat tempat kerja aku.. ader bakat2 terpendam yang boleh buat nasi kerabu nie,, ermm best2..walaupun tak bleh nak chalen kakak kat kafe kolej aku dulu.. tp bolehlah mengubat kerinduan ku pada Nasi Kerabu...ermm buat G-han n Kak Na.. pembekal Nasi Kerabu yang setia.. satu hari aku nak belaja camner nak buat nasi yang best nie..
http://h4nim.blogsome.com/2006/12/01/10-sifat-mahmudah-terpuji/

Istikaharah ku...

Ya Allah.. haruskah aku menunggu jawapan itu...Disetiap kali Subuhku...aku tanpa jemu menyedarkannya..DiSetiap kali Maghribku...aku tidak jemu mengingatinya...Redhakan lah aku Ya Allah....bersihkan hati ku...dari segala sifat2 majmumah...
Ya Allah.. akhlak ku tak sesemulia Fatimah Al-Zahra, Kasihku tak sesemurni Siti Khadijah, Rinduku tak sedalam rindu Siti Aisyah.. Cinta ku tak setulus Cinta Rabiatul Adawiyah...Namun aku cuma ingin menjadi yang terbaik dalam hidup ku...menjadi yang terbaik untuk Dia yang satu...
Ya Allah aku mengharapkan keajaiban Mu...kekuasaan Mu.. berilah aku petunjuk..supaya aku mampan dalam menghadapi ujian MU...Ya Allah Kau berikanlah dia ruang waktu..supaya mampu menilai..mampu memilih..dan apaapa pun pilihanya Ya Allah.. kau berkatilah ia.. redha Ya Allah.. aku pasrah.. Andai dia bukan milik Ku...

Khamis, 28 Januari 2010

Ya Allah..

Ya Allah.. sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun dan maha Mengetahui.. Ya Allah.. kau sucikan hati ku,, dan Jauhi aku dari sifat2 org2 yang munafik...sifat2 terkeji.. Ya Allah..berikan aku kekuatan untuk menempuhi liku..liku hidup ini.. Amin!!

Ahad, 24 Januari 2010

HUHU....Baru Habis rentas Desa

Huhuhuhuh... Baru habis rentas desa, meeting umah sukan, mesyuarat ko-k.. ermm kami dikejutkan dengan berita .. ayah cikgu Armran meningal dunia.. Al-Fatihah...bila aku balik umah.. buka tv.. sultan Iskandar .. Sultan Ngri Johor pun mangkat juga... semoga roh2 mereka dicucuri rahmat.. Amin!!
Alhamdulillah.. doa ku diperkenankan Allah.. hari ini.. semoga hari2 ku yg selanjutnya diberkati Allah dan mendapat rahmat.. Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui dan Maha Mengasihani..

Program Haluan Pelajar Tingkatan 2

Subhanallah...tekak aku sakit betul semalam.. selepas habis slot aku.. riadah..huhuhu...Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar...tp sakit tekak giler sebab kena bercakap kuat dihadapan 4 buah kelas tingkatan 2 KRK & BESTARI..macam aksi kita lihat..huhuh...slot aku ada 3 game semalam..i) aku bgkan budak2 tu kepad 5 org satu kump..pastu bg sekeping kertas ..n dengan arahan.. macam mana nak kelima2 org ahli tu boleh MASUK kedalam kertas tu..uhuhuuuhu..lawk jugak budak2 ni... macam2 idea yg kuar...yg paling best.. mereka tulis nama mereka.. pastu kata.. semua mereka dah masuk.. hehehehe..betul jugak tu.. tak kurang yg cuba pijak kertas tu.. ada juga yang guna cop ibu jari.. konon2nya semua mereka dah masuk kedalam kertads tu.. apabila cop jari mereka kat kertas tu.. huhuhuh...
2) Aku bagi lagi sekeping a4 paper.. suruh lipat 2.. dan sebahagian tu.. suruh mereka lukis muka mereka sendiri...guna tgn kanan hahahaha.. lawak2.. pastu yng ke2 .. suruh mereka lukis mereka juga guna tgn kiri.. hehehehe.. hancur diaorg punyer muka..kui..kui..
3),, Refleksi diri...mereka letak kertas dan lekatkan dibelakang masing-masing.. pastu kwn2 akan bg komen.. kat belakang tu.. sama ada baik@buruk.....hihihihi kelakar n terhibur tgk anak2 didik ku membuat aktiviti...semoga aktiviti riadah dari aku memberi manfaat kepada mereka untuk menjadi insan yang berguna..

Sabtu, 16 Januari 2010



Ya Allah...seronoknya membaca buku ini.. membuat kan aku tersentuh dan betapa kerdilnya kita sebagai hambanya..
Maggi Asam Laksa,,, antara kegemaran ku,,,Tp x boleh Makan selalu..mkn sebulan sekali kah.. sik baik untuk kesihatan...

Sabtu, 9 Januari 2010

Ya Allah...lemahnya hari tok kena bgn pagi untuk meeting kurikulum....

Jumaat, 1 Januari 2010

Ya Allah Kau tabahkan hati ku

terbakar kampung nampak asapnya..terbakar hati..siapa tahu??

SELAMAT TINGGAL 2009...SELAMAT DATANG 2010

Ya Allah Yang Maha Pengasihi lagi Maha Penyayang...ku berharap..tahun baru ku ini dimulakan dengan segala limpah rahmat mu Ya Allah...Kau berkatilah segala perjalanan hidupku,permudahkan urusan ku dan jauhi aku dan keluarga ku dari segala bala bencana dan musibah..
Lanjutkan usia kedua ibu bapa ku Ya Allah, berikanlah aku kesempatan untuk membahagiakan mereka dan membalas jasa merekaa..serta menjadi anak yang solehah dan menjadi kebanggaan mereka..Limpahkanlah sentiasa Nur Islam kedalam keluarga kami. Berikan kami rezeki yang halal dan murahkan rezeki kami..
Ya Allah..sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang kami sembah...Maha Mendengar dan Maha mengetahui..
Jauhkan aku dari penyakit-penyakit hati, Ku bermohon kekuatan atas ujian dan dugaan yang kau berikan Ya Allah...Tabahkan hati ku....
Hanya Kepada Mu Aku Datang..dan kepada Mu jua aku akan kembali .. Ya Allah..Amin Ya Rabbil alamin