Cari Blog Ini

Halaman Pilihan Ku

Jumaat, 9 Oktober 2009

Apa makna CINTA bagi Anda?

  • Cinta adalah sebuah anugerah yang diberikan oleh Allah SWT dalam diri hambaNya.
  • Cinta mempunyai pengertian yang luas, Cinta yang paling tinggi haruslah diletakkan kepada Pencipta kita, kepada Rasul kita, Ibu bapa dan keluarga kita.
  • Bila bercakap tentang Cinta, kita cenderung untuk berfikir bahawa Cinta adalah antara hubungan perasaan antara lelaki dan perempuan yang seterusnya membawa kepada sebuah perasaan yang indah diantara mereka.
  • Ya, tidak dinafikan bahawa Cinta memang indah. Ia boleh mengubah seseorang, Cinta juga akan menyebabkan seseorang menjadi pelik. Menjadi angau dan menjadi sasau.
  • Selain itu, Cinta juga boleh menyebabkan seseorang buta hati dan perasaan sekiranya ia alpa dan lalai terhadap tanggungjawabnya
  • Oleh itu, janganlah biarkan hidup anda bertuhankan cinta.
  • Bercinta biar berpada-pada, ingatlah Cinta itu Allah yang beri dan patut dijaga sebaik-baiknya. Ini kerana, tersilap langkah dalam bercinta ia akan merosakkan diri sendiri.
  • Seterusnya, dalam bercinta hendaklah sentiasa sedar diri dan tanggungjawab. Saling mengingati adalah tanggungjawab dalam bercinta.
  • Fikirlah selain menjadi sebagai seorang kekasih kepada pasangan anda. Anda mempunyai banyak tanggungjawab lain. Contohnya sebagai seorang hamba kepada Allah SWT, Sebagai khalifah dimuka bumi ini.Sebagai seorang anak kepada Ibu bapa, sebagai seorang Pelajar/Pekerja (Ini untuk mereka yang bercinta yang belum berkahwin)
  • Cinta juga adalah rempah ratus kehidupan, warna-warna yang mengisi ruang hidup kita. Ada masa bahagia kerana Cinta, ada masa sedih kerana Cinta. Bila Cinta kita dihargai, dikenang dan diterima. Kita akan merasakan seperti hati kita berbunga-bunga. Namun, bila Cinta kita dikhianati dan tidak dihargai, kita akan merasakan hati kita seperti hancur berderai terhempas ke lantai.
  • Mengalami kekecewaan akibat bercinta selalunya menyebabkan kita hilang pertimbangan. Kita akan terasa seperti tidak berpijak dibumi yang nyata. Kita akan merasa diri kita terumbang ambing, seperti tidak percaya orang yang kita sayang akan mengkhianati kita.
  • Namun percayalah Allah SWT adakah Maha Adil dan Maha Menyayangi, disetiap ujian yang diberikan pastinya mempunyai hikmahnya yang tersendiri.
  • Janji Tuhan adalah “ Perempuan Yang Baik Adalah Untuk Lelaki Yang Baik”.
  • Maka dengan itu, dalam kehidupan ini jadilah insan yang terbaik dalam hidup yang singkat ini.
  • Bagi mereka yang dikecewakan, jangan biarkan hidup anda tenggelam dari kekecewaan tersebut. Bangkit dan bangunlah untuk terus hidup dan berjuang untuk menjadi yang terbaik.
  • Pastinya hidup anda akan diselubungi kegembiraan dan keseronokkan andainya anda berjaya menghapuskan rasa kekecewaan.
  • Hidup akan lebih indah sekiranya kita sentiasa ingat bahawa Cinta yang hadir dalam hidup kita adalah Cinta yang kita jaga, kita pupuk dan kita sentiasa ikhlas dalam bercinta.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan